Friday 5 August 2016

'Senjata' baharu Honda




Honda CBR250RR baharu tampil dengan konsep ‘Speed Shape’ untuk gaya lebih agresif bercirikan perlumbaan yang menjadi tarikan utama buat penggemar jentera dua roda ini.

Tampil lebih menarik terutama lampu hadapan dan belakang dengan fungsi, selain kemantapan tunggangan hasil rekaan kerangka baharu.

Lengan ayun aluminium melalui proses ‘Gravity Dies Casting’ (GDC) memberi kestabilan ketika menempuh selekoh serta pelana yang dikecilkan memberi posisi menunggang lebih mantap.

Buat masa ini, ia ditawarkan untuk pasaran Indonesia dan tiada khabar model itu bakal dijual di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 5:03 AM


--- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...