Saturday 30 July 2016

Hitam lebih garang

Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my


Benelli TnT25

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) pemasang dan pengedar motosikal jenama Benelli dan Keeway di Malaysia memperkenalkan edisi warna hitam bagi model TnT25.

Benelli TnT25 adalah ahli terbaru rangkaian model Benelli di Malaysia dijual sejak Februari lalu dengan mulanya diperkenalkan dua warna iaitu merah dan hijau.

Berikutan sambutan menggalakkan, BKM memperkenalkan edisi warna hitam di mana model itu turut dilancarkan bagi pasaran Thailand sebelum ini.

Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM, Wan Najib Wan Daud berkata, tiada sebarang perubahan pada harga, prestasi enjin dan lain-lain pada edisi baharu itu.

“BKM masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM12,990 tidak termasuk GST dan orang ramai boleh mengunjungi semua rangkaian pengedar yang bertauliah untuk membelinya.

“Pengenalan model ini untuk memberi pilihan kepada pengguna, selain mahu mengukuhkan kedudukan jenama Benelli di pasaran tempatan,” katanya.

Benelli TnT25 menggunakan enjin silinder tunggal selain beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap model baru itu seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, sistem gantungan teleskopik terbalik 41 milimeter dan sistem brek dengan padanan cakera tunggal 280 mm.

Model itu didatangkan dalam tempoh jaminan selama setahun atau 10,000 kilometer. Tempoh jaminan boleh dilanjutkan lagi untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM iaitu www.benelli.keeway.my

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 5:38 AM

----- HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...