Monday 7 September 2015

Benelli TNT600s mampu teraju segmen 'naked'

31 Ogos 2015 1:59 PM

Kuasa jentera dua roda Itali yang kini dimiliki tauke besar dari tanah besar China ini dilihat cuba mendominasi segmen 'naked' dengan memperkenalkan TNT600s.

Dengan tawaran harga RM31,990 (tidak termasuk GST), Benelli dilihat bakal memperjudikan jentera dua roda model terbaharu 2015 ini pada segmen 'naked'.

Ia mampu mendominasi segmen berkenaan ekoran kuasa jentera dengan kemampuan enjin empat silinder selari, TNT600s dengan rekabentuk baharu tangki 15 liter mampu memberi pecutan sebenar.

Berbanding dua saingan terdekat yang hanya menawarkan enjin dua silinder dan tiga silinder, TNT600s pastinya mampu memberikan saingan dalam kategori jentera 600 cc empat silinder selari dengan sistem penyejukkan cecair.




Rekabentuk terbaharu kontemporari TNT600s tampak garang dengan lokasi pemijak kaki yang diletakkan agak ke belakang agar posisi lutut mudah dialih untuk mengambil selekoh memang disukai oleh generasi muda.

Maklumat lanjut dan lanjutan waranti boleh diperoleh melalui laman web Benelli Malaysia di www.benelli.keeway.my.

Oleh: MOHD HAZLI HASSAN 
Juruvideo: KAMARUL KAMARUDIN 
Penyunting: ZAIMI MD


--- UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...