Wednesday 9 November 2016

Keseronokan Suzuki SV650A kini kembali


 
Suzuki SV650A
 
 
SUZUKI SV650 mula diperkenalkan pada 1999. Ketika itu, kehadirannya menerima sambutan menggalakkan berikutan karakternya yang serba boleh. Tambahan imej mewakili pelbagai versi sama ada fairing dan naked mampu menarik minat penunggang baru atau sedia ada.

Legasi SV650 berterusan selama 10 tahun. Kemudian ia digantikan dengan model Suzuki SFV650 Gladius yang lebih moden.

Terkini model SV650A diperkenalkan. Model tersebut dilancarkan ke pasaran Eropah sekitar Mac lalu dan Suzuki Assembler Malaysia (SAM) akhirnya memanaskan enjin apabila memperkenalkan Suzuki SV650A.
Setelah penutupan kilangnya di Prai, Pulau Pinang dan ingin memfokuskan kepada model import (CBU), kehadiran SV650A dengan beberapa pembaharuan sedia bersaing dengan Yamaha MT-07.

Dua pilihan warna badan ditawarkan iaitu Metallic Triton Blue (biru) dan Pearl Mira Red (merah). Suzuki SV650A dijual pada harga jualan asas RM38,800 seunit (tidak termasuk GST).
 
Berikut ialah empat perkara perlu diketahui tentang SV650A:

PENGGAYAAN

Pengayaan Suzuki SV650A adalah perkara pertama yang menjadi perhatian kepada kebanyakan penunggang. Bingkai trellis yang menggunakan keluli keras dan kukuh menjadi asas kekuatannya. Lampu bulat klasik menjadi identiti SV650A. Garisan tangki diperkemas ditarik ke bawah supaya kelihatan lebih langsing. Penampilan ekzos baharu menyumbang kepada berat badan ringan. Lampu belakang didatangkan dengan ciri LED.

KONSEP TERAS

Keseronokkan konsep utama Suzuki SV650A ialah menunggang melalui enjin V-twin sport. Tambahan ciri lebih ringan, langsing dan ringkas adalah pakej yang ditawarkan oleh SV650A. Model naked itu dilengkapi oleh enjin 645cc V-twin DOHC yang diperhalusi dengan lebih 60 komponen baharu. Penambahbaikan itu menyumbang kepada pertambahan kuasa 4hp (75bhp). Namun, tork masih kekal iaitu 64Nm  pada 8, 100rpm.

 Dengan rekaan semula lebih 140 bahagian dan komponen (gabungan bahagian enjin dan casis) menyumbang kepada berat lebih ringan menjadi 197 kilogram (kg). Berbanding sebelumnya 205kg.

Enjin V-twin menyalurkan deruman mendalam pada julat rev rendah, tork linear pada julat-pertengahan dan tunggangan yang lancar sehingga julat rpm tinggi dengan cara yang terkawal.

Perubahan itu membolehkan SV650A mencapai standard regulasi emisi Euro4.

KAWALAN PENGENDALIAN DIPERTINGKATKAN

Selain itu, pihak Suzuki turut menawarkan ciri elektronik yang dikemas kini. Suzuki SV650A dilengkapi ciri baharu iaitu Low RPM Assist yang membantu penunggang ketika memulakan tunggangan dan menunggang pada rpm rendah. Selain itu tersedia Suzuki Easy Start yang memudahkan operasi menghidupkan enjin.

Ketinggian pelana 785 milimeter adalah antara terendah dalam kelasnya yang menawarkan pengendalian meyakinkan dan bonus buat penunggang wanita.

Bahkan, SV650A menawarkan kecekapan bahan api lebih baik dengan catatan di atas kertas 3.84 liter setiap 100 kilometer.

PANEL INSTRUMEN LCD BAHARU

Suzuki memilih rekaan kluster instrumen LCD baharu yang lebih ringan dan padat. Dengan menghapuskan penggunaan motor dan jarum mekanik menyumbang kepada berat terkini 275 gram.

Kecerahan instrumen LCD boleh dilaras. Antara informasi yang ditawarkan ialah speedometer, takometer, odometer, posisi gear, dua meter perbatuan, jarak tunggangan, suhu air, penggunaan bahan api dan jam. Lampu latar putih untuk penglihatan yang baik ketika menunggang waktu malam.

Suzuki juga menggunakan indikator LED pada lampu isyarat, lampu tinggi, Neutral, indikator kerosakan, ABS, dan indikator suhu coolant/lampu tekanan minyak.

Ciri takometer berbentuk bar menampilkan fungsi peak-hold.  Ia menunjukkan rpm puncak ketika rpm sedang menurun yang membolehkan penunggang mengenal pasti rpm puncak terakhir ketika menukar gear rendah.

Diharapkan selepas SAM menamatkan legasi pemasangan tempatannya (CKD) awal September di Pulau Pinang dan fokus kepada model CBU akan menjadikan mereka lebih agresif di pasaran tempatan dan tidak terlalu lama vakum dalam pasaran dua roda. Ini akan menjadi langkah pertama buat SAM dalam memeriahkan lagi pasaran tempatan dengan tawaran produk yang pelbagai dan kembali bersaing bersama jenama Jepunnya yang lain.



---- SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...