Wednesday 7 December 2016

Naza Premira perkenalkan enam varian Vespa baharu



SEMPENA sambutan ulang tahun ke-70 Vespa di Malaysia yang diadakan di Publika Shopping Gallery baru-baru ini, pengimport dan pengedar tunggal produk itu di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd memperkenalkan enam varian Vespa baharu, termasuk tiga model ulang tahun Ke-70 (Vespa GTS, Vespa PX dan Vespa Primavera), dua model 2016 yang dinaik taraf (Vespa Sprint ABS dan Vespa Primavera ABS) serta baharu diperkenalkan, Vespa Sprint Adventure.

Vespa PX150 dikuasai enjin dua lejang dengan penghidup elektrik turut dilengkapi cakera brek di hadapan serta dilengkapi ciri moden berbanding edisi sebelum ini dan dijual pada harga RM26,000 tidak termasuk GST.

Bagi Vespa GTS dan Primavera, ia hadir dalam warna biru muda dengan tempat duduk kulit coklat, diserikan beg kulit coklat pada bahagian belakangnya dan masing-masing dijual RM18,500 serta RM16,488 tanpa GST.

Vespa Sprint ABS pula dijual RM15,888 dan Vespa Primavera ABS berharga RM15,888, manakala RM17,000  bagi Vespa Sprint Adventure.


--- SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...