Saturday 10 December 2016

Benelli TnT135 kompak cili padi

07 Disember 2016 12:30 AM

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Selepas negara jiran serantau sibuk memperkatakan mengenai motosikal cili padi Benelli TnT135 sejak awal tahun ini, Malaysia masih diam seribu bahasa.

Namun hari ini ia menjadi kenyataan selepas Benelli Malaysia mula memperkenalkan kepada media TnT135, motosikal naked kompak jalanan yang bakal menjadi saingan kepada Kawasaki KSR Z125 Pro.

TnT135 adalah Tornado Naked T135 yang dilancarkan hari ini oleh Pengurus Besar Benelli Malaysia, Low Kin Yong dilihat mampu bersaing dengan Kawasaki KSR kerana menawarkan kuasa enjin yang lebih besar.

"Walaupun TnT135 dilihat agak kompak, namun dari segi kuasa melebihi saingan terdekat.

"Malah, motosikal ini juga menerima status pensijilan penuh kenderaan cekap tenaga (EEV) dari Jabatan Pengangkutan Jalan selain mempunyai pensijilan Euro4," katanya semasa merasmikan pelancaran jualan Benelli TnT135 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Benelli, Dante Richard Bustos, Pengerusi Benelli Malaysia, On Thiam Chai dan Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli, Wan Najib Wan Daud. - UTUSAN ONLINE




Oleh: MOHD. HAZLI HASSAN

--- UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Y Suku vs RXZ

Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...