jeng... jeng... jengggggg...
Toodiaaaa.... Anak baru Modenas, Skuter Modenas Elegan 250.
Reka bentuk seksi dan menarik, harga pun dalam katogeri mampu milik. Kaler pulak datang dengan 2 pilihan Hitam dan Putih.
Kepada peminat skuter, model ni pastinya membuat korang tak tidur malam. hahaha....
Specification
Engine
Type SOHC, Liquid Cooled, 4 Stroke
Displacement 249.1 cc
Power 16.5 Kw @ 7000 rpm
Bore x Stroke 72.7 mm x 60.0 mm
Fuel System Electronic Fuel Injection
Ignition ECU
Transmission CVT
Battery 12V 10AH
FRAME
L x W x H 2235 mm x 810 mm x 1375 mm
Wheelbase 1540 mm
Dry Weight 193 kg
Fuel Capacity 12.5 Liter
Tyres FR: 120/80-14”, RR: 150/70-13”
Brakes Disc FR 260 mm, Disc RR 240 mm
Suspension FR: Telescopic, RR: Trailing Swing Arm
Jom tengok gambar pulak
Harga dianggarkan RM13,599 seunit. Including GST.
Kalau dah minat boleh la ushar-ushar dulu di kedai motor berhampiran. Kena gaya boleh tengok display. Tak kena gaya tengok katalog jer la.
Untuk maklumat lanjut boleh layari web www.modenas.com.my
Showing posts with label Modenas Elegan 250. Show all posts
Showing posts with label Modenas Elegan 250. Show all posts
Tuesday, 13 December 2016
Friday, 9 December 2016
Tiga skuter menarik Modenas
Kymco Downtown 250i
Elegan 250
Karishma 125
lizamridzuan@hmetro.com.my
Pasaran skuter senantiasa berkembang dari setahun ke setahun dan baru-baru ini, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) anak syarikat DRB-Hicom Berhad melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan termasuk jenama Kymco yang kini diedarkan secara eksklusif.
Model Karisma 125, Elegan 250 dan Kymco Downtown 250i ditawarkan untuk pengguna Malaysia dengan kerjasama strategik antara Modenas dan Kymco menjadikan model pilihan lebih menarik perhatian pembeli termasuk rekaan dan prestasi.
Model Karisma yang diperkenalkan pada 2003 sehingga menguasai 26 peratus pasaran skuter ketika itu, kini dikuasakan dengan enjin 125cc dengan ciri kemudahan pengguna seperti pengecaj dan sambungan USB untuk telefon bimbit antara yang terdapat pada model ini.
Modenas Elegan pula dilancarkan pada 2004 dengan enjin 150cc dan Elegan 200 pada 2010, lantas kini yang terbaharu Elegan 250, yakni skuter bergaya dengan enjin bersesaran 250cc, SOHC serta sistem penyejukan cecair.
Selain itu, model ini dilengkapi dengan fork teleskopik depan dan Trailing Swing Arm untuk sistem gantungan belakang bagi perjalanan lebih selesa dan papan pemuka LCD penuh bergaya.
Bagi Kymco Downtown 250i, ia skuter pertama dilancarkan oleh Modenas melalui anak syarikatnya Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) untuk pasaran di negara ini dan kerjasama itu dilihat positif bagi mengukuhkan jualan dengan sasaran 250 unit pada tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir berkata, kekuatan dan pengalaman masing-masing dalam reka bentuk skuter dan pembangunan termasuk pembuatan komponen dan sektor pembuatan menjadi aras kualiti dalam melahirkan produk akan datang.
“Ia juga termasuk dengan sistem pemasangan dan pengimportan sehingga pemeriksaan kenderaan, pengedaran dan jualan serta khidmat selepas jualan antara kelebihan dan bertepatan pada masanya untuk memenuhi permintaan pengguna di negara ini,” katanya.
Kymco dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah menerusi program pemasangan tempatan (CKD) dan keperluan pengguna skuter kedua-dua jenama ini untuk servis dan penyenggaraan boleh dilakukan di kesemua 200 rangkaian pengedar di seluruh negara dan pusat Emos yang terdapat di Gurun, Ipoh, Subang, Johor Bahru dan Kuantan serta tambahan 30 pengedar baharu jenama Kymco.
Harga jualan untuk Karisma 125 ialah RM4,980, Elegan 250 (RM12,830) dan Kymco Downtown 250i (RM21,500) tidak termasuk GST dengan dua tahun waranti atau 20,000 kilometer. Ia boleh didapati di semua kedai jualan motosikal di seluruh negara.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2016 @ 5:02 AM
--- HARIAN METRO
Subscribe to:
Posts (Atom)
Y Suku vs RXZ
Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...

-
Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...
-
31 Ogos 2015 1:59 PM Kuasa jentera dua roda Itali yang kini dimiliki tauke besar dari tanah besar China ini dilihat cuba mendominasi se...
-
Wartawan Sinar Harian 24 Oktober 2013 Rantai kering atau berkarat akan merosakkan sprocke...
-
Kymco Downtown 250i Elegan 250 Karishma 125 Lizam Ridzuan lizamridzuan@hmetro.com.my Pasaran skuter senantias...
-
By Balakrishnan Lekshminarayanan | Submitted On August 12, 2016 Introduction Ducati has come out with yet another bike Monster 821...
-
SUBKHI SUDARJI 24 November 2016 CB500X PERMINTAAAN tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi d...
-
SUBKHI SUDARJI 16 Jun 2016 Nagata (empat, kiri) pada majlis memperkenalkan RS150R baru-baru i...