07 Disember 2016 12:30 AM
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Selepas negara jiran serantau sibuk memperkatakan mengenai motosikal cili padi Benelli TnT135 sejak awal tahun ini, Malaysia masih diam seribu bahasa.
Namun hari ini ia menjadi kenyataan selepas Benelli Malaysia mula memperkenalkan kepada media TnT135, motosikal naked kompak jalanan yang bakal menjadi saingan kepada Kawasaki KSR Z125 Pro.
TnT135 adalah Tornado Naked T135 yang dilancarkan hari ini oleh Pengurus Besar Benelli Malaysia, Low Kin Yong dilihat mampu bersaing dengan Kawasaki KSR kerana menawarkan kuasa enjin yang lebih besar.
"Walaupun TnT135 dilihat agak kompak, namun dari segi kuasa melebihi saingan terdekat.
"Malah, motosikal ini juga menerima status pensijilan penuh kenderaan cekap tenaga (EEV) dari Jabatan Pengangkutan Jalan selain mempunyai pensijilan Euro4," katanya semasa merasmikan pelancaran jualan Benelli TnT135 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Benelli, Dante Richard Bustos, Pengerusi Benelli Malaysia, On Thiam Chai dan Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar Benelli, Wan Najib Wan Daud. - UTUSAN ONLINE
Oleh: MOHD. HAZLI HASSAN
--- UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Y Suku vs RXZ
Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...
-
Wartawan Sinar Harian 1 Disember 2016 SEMPENA sambutan ulang tahun ke-70 Vespa di Malay...
-
Sejauh mana populariti Ysuku dan RXZ. Kedua-dua jentera 2 roda ini ada peminat tersendiri. Keduanya dikeluarkan oleh Yahama. Y15 atau dikena...
-
By Balakrishnan Lekshminarayanan | Submitted On August 12, 2016 Introduction Ducati has come out with yet another bike Monster 821...
-
By Janaki Mehta | Submitted On November 29, 2016 Bike enthusiasts and the lover of adventures seem no stranger to the power and the ex...
-
Honda CBR250RR baharu tampil dengan konsep ‘Speed Shape’ untuk gaya lebih agresif bercirikan perlumbaan yang menjadi tarikan utama buat pe...

No comments:
Post a Comment