SEMPENA sambutan ulang tahun ke-70 Vespa di Malaysia
yang diadakan di Publika Shopping Gallery baru-baru ini, pengimport dan
pengedar tunggal produk itu di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd
memperkenalkan enam varian Vespa baharu, termasuk tiga model ulang tahun
Ke-70 (Vespa GTS, Vespa PX dan Vespa Primavera), dua model 2016 yang
dinaik taraf (Vespa Sprint ABS dan Vespa Primavera ABS) serta baharu
diperkenalkan, Vespa Sprint Adventure.
Vespa PX150 dikuasai enjin dua lejang dengan penghidup elektrik turut
dilengkapi cakera brek di hadapan serta dilengkapi ciri moden berbanding
edisi sebelum ini dan dijual pada harga RM26,000 tidak termasuk GST.
Bagi Vespa GTS dan Primavera, ia hadir dalam warna biru muda dengan
tempat duduk kulit coklat, diserikan beg kulit coklat pada bahagian
belakangnya dan masing-masing dijual RM18,500 serta RM16,488 tanpa GST.
Vespa Sprint ABS pula dijual RM15,888 dan Vespa Primavera ABS berharga
RM15,888, manakala RM17,000 bagi Vespa Sprint Adventure.
--- SINAR HARIAN
No comments:
Post a Comment